Thursday, May 13, 2010

TUGASAN KEDUA

MENYEDIAKAN JADUAL TENTANG FUNGSI ICT DAN PERKAKASAN SERTA PERISIAN.

PROSES

FUNGSI

KATEGORI PERANTI

INPUT

Input merupakan proses memasukkan data, program, arahan, dan respon pengguna ke dalam memori. Peranti yang digunakan untuk memasukkan data/program/command/respon pengguna disebut peranti input.

Data merupakan fakta mentah yang diterima dan diproses oleh komputer untuk menghasilkan maklumat.


Program adalah arahan (store instuction) yang mengarah komputer melaksanakan operasi-operasi untuk memproses data.


Command adalah kata kunci dan frasa yang mengarah komputer melaksanakan beberapa aktiviti (menggunakan peranti input).


Respon pengguna merupakan respon kepada soalan atau mesej dari perisian (Contoh: "Yes"/"No"/"Continue" dll).

Papan Kekunci

Kebanyakan papan kekunci mempunyai :
-kekunci huruf
-pad kekunci angka
-kekunci anak panah (arrow keys)
-cursor control keys
-kekunci fungsi
-toggle keys

  • Peranti Penunjuk

Contoh peranti penunjuk:
Tetikus, Trackball, Touchpad, Pointing Stick, Kayu Ria (Joystick), Pen Input, Skrin Sentuh, Pen Cahaya, Digitizer dan Graphics Tablet.

Pen cahaya digunakan untuk memilih options atau melukis paparan grafik pada skrin.


Digitizer digunakan untuk menukar titik-titik garis lengkung lukisan atau gambar kepada data dalam komputer.


Tetikus, trackball, touchpad, pointing stick pula digunakan untuk menggerakkan pointer dan memilih option.


Kayu Ria merupakan peranti input yang digunakan untuk permainan komputer.

Skrin Sentuh membolehkan pengguna berinteraksi melalui sentuhan skrin (maklumat terhad/sedikit).

  • Source Data Automation (memasukkan data secara terus berdasarkan sumber yang asal)

Optical Recognition menggunakan cahaya untuk membaca kod / tanda / karektor dan menukarnya kepada bentuk digital.


Contoh optical recognition adalah seperti :
a) Kod Optik - contoh seperti bar code/optical code scanning equipment.
b) OMR (optical mark recognition) - tanda khas /markes pada borang.
c) OCR (optical character recognition) - karektor pada dokumen.

Image Scanner:
Merekod imej yang discan atau diimbas secara elektronik dan menukar ke data digital untuk diproses.
Contohnya : Page scanner, Hand-held devices, Image processing system.

Magnetik ink character recogmation (MICR):
Menggunakan dakwat khas yang boleh dimagnetize semasa diproses. (contoh pada cek)

Data collection devices:
Ia digunakan untuk mendapatkan data dari kawasan dimana transaction atau kejadian yang dilapor seperti suhu, kelembapan dan lain-lain.

  • Audio, Video, Kamera dan Pengesan

Peranti di atas digunakan untuk menukar data dalam bentuk bunyi dan imej kepada bentuk digital. Kebanyakan PC mempunyai kad bunyi (sound card) atau kad video (video card).
a) Sound voice input : menukar bunyi/suara kebentuk digital.
b) Digital cameras : merekod gambar/imej dalam bentuk digital.
c) Video input : menerima input dari sumber video dari camera/video recorder.
d) Elektronik whiteboard : sebarang rekod yang ditulis/dilukis diatas whiteboard
(built in scanner) ini dan boleh disimpan dalam komputer yang disambungkan

OUTPUT

Output merupakan penghantaran data yang telah diproses keluar daripada ingatan utama komputer atau storan sampingan ke peranti luar.

Bentuk output yang dihasilkan oleh komputer bergantung kepada perkakasan dan perisian yang digunakan.

Output berbentuk laporan dan grafik:

1.Hard copy(salinan keras)- yang dicetak oleh pencetak

2.Soft copy(salinan lembut)- yang di papar pada skrin

Peranti paparan
(Display devices)- Ia merupakan peranti output visual yang mengeluarkan soft copy. Contohnya
monitor

Pencetak- Ia merupakan peranti output yang mencetak output dari komputer pada kertas. Cetakan ini juga dipanggil salinan keras (hard copy)

Audio output- Ia menghasilkan output dalam bentuk perkataan, muzik, stereo atau suara. Contohnya speaker, earphone dll.

Video output- Imej video yang direkod menggunakan peranti input video seperti monitor komputer dan HDTV.

Facsimile (Fax)- Ia digunakan untuk menghantar & menerima imej dokumen melalui talian talipon.

Multifunction Devives (MFI)- Ia boleh mencetak, mengimbas, menyalin dan fax.

Data projectors- Contohnya LCD panel / LCD projectors.

Computer output microfilm (COM)


No comments:

Post a Comment