Saturday, March 27, 2010

Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)

Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

  • Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
  • Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
  • Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama

Definisi Sumber Terbuka

Versi: 1.9 (sumber MIMOS Malaysia) Pengenalan

Sumber terbuka tidak hanya membawa maksud pencapaian kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka haruslah menepati kriteria-kriteria seperti berikut:

1. Bebas Untuk Pengedaran Semula

2. Sumber Kerja Asal

3.Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan

4. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha

5. Pengedaran Lesen

6. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain



Perisian Bebas (Free Software)

Free yang disebutkan bermaksud bebas, ia seperti 'kebebasan bersuara' bukan seperti 'kopi o yang percuma". Bebas yang di maksudkan disini adalah :

  • bebas untuk mengguna
  • bebas untuk menyalin
  • bebas untuk mengkaji dan mengubahsuai
  • bebas untuk mengedarkannya
  • bebas untuk memperbaiki

Disebabkan ia bebas pengguna tidak perlu mememinta kebenaran atau membayar lesen untuk mengguna, menyalin, mengubahsuai dan mengedar perisian tersebut.

Tuesday, March 9, 2010

komunikasi yang hebat

sudah semestinya… KOMUNIKASI EFEKTIF! Cara anda berkomunikasi akan menggambarkan personaliti anda. Pelajari cara komunikasi yang efektif untuk anda mendampingi mereka yang hebat. Komunikasi, bukan sekadar bercakap sahaja, tetapi, komunikasi termasuk juga ekspresi & persembahan (pemakaian).

Saya mendalami ilmu komunikasi untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman, mendampingi mereka yang hebat supaya dapat memperluaskan kebolehan berkomunikasi. Asal usul saya, seorang yang pendiam/pemalu… kini masih lagi! tetapi, dengan ilmu komunikasi berkesan yang betul, kita dapat mendampingi sesiapa sahaja untuk meluaskan lagi jaringan kenalan kita sehingga ke mereka yang hebat-hebat belaka

Friday, March 5, 2010

Dunia Komunikasi


Terdapat begitu banyak komunikasi yang berlangsung di dunia kita, sehingga sangat sulit bagi kita untuk memutuskan apa yang sebaiknya kita perhatikan. Kita harus menentukan pilihan-pilihan tersebut dengan cepat untuk tetap dapat mengimbangi arus data yang di beberkan kepada kita. Untuk mengatasinya, kita cenderung memberikan perhatian terutama pada gagasan-gagasan yang "menarik" karena gagasan-gagasan tersebut memang di sampaikan secara kreatif untuk menarik minat kita.