Saturday, March 27, 2010

Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)

Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

  • Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
  • Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
  • Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama

Definisi Sumber Terbuka

Versi: 1.9 (sumber MIMOS Malaysia) Pengenalan

Sumber terbuka tidak hanya membawa maksud pencapaian kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka haruslah menepati kriteria-kriteria seperti berikut:

1. Bebas Untuk Pengedaran Semula

2. Sumber Kerja Asal

3.Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan

4. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha

5. Pengedaran Lesen

6. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain



No comments:

Post a Comment